Thursday, August 25, 2011

Updates,updates,updates

Saya akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam penulisan kali ini (dah ada org complain saying that I dont favor my own language,oppss!;p)

Ok, dalam penulisan kali ini, saya akan sehabis baik memanfaatkan ruangan ini untuk mengemaskini tentang banyak perkara.

1) Kehidupan rumah tangga

Suami saya telah berjaya dalam rayuan beliau untuk berpindah ke Kuala Lumpur, dan tinggal bersama saya. Yay! =) Saya berasa sangat bersyukur kerana saya tidak perlu lagi berebut tiket Air Asia atau Firefly setiap kali ada promosi jualan tiket (lebih-lebih lagi dengan peralihan saham MAS ke Air Asia. Saya berpendapat keadaan ini adalah sangat merugikan kerana tiada lagi persaingan sihat dalam dunia penerbangan (is this correct?) seterusnya mengurangkan pilihan kepada pengguna. Owh, saya masih ada lebih kurang 20 tiket penerbangan pergi-balik ke Kuching dan saya akan bingkaikan `ittinery' tersebut sebagai kenang-kenangan. Nah!!Mungkin sekadar di`laminate' sahaja,hahaha!

2) Pekerjaan

Tiada apa yang menarik. Saya masih lagi setia dengan tempat pekerjaan sekarang. Saya terfikir untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (actually I have started writing my proposal pun...). Semoga, apa yang saya rancang akan terlaksana.

3) Pencarian rumah idaman

Wah!! Ini tajuk yang paling menarik. Saya sanggup duduk menghadap komputer, melihat pelancaran-pelancaran rumah yang terkini oleh pelbagai pemaju (Sime Darby masih dihatiku ;p). Saya juga semakin banyak menerima email jemputan pemaju-pemaju untuk hadir ke pelancaran awal rumah-rumah baru. Saya sangat teruja! Saya dan suami telah melihat Kajang 2 (pemaju: Metrowealth Kajang), Tiara Park Homes (pemaju: Kuen Lai Villa ), Maple Tarrace (pemaju: SD), Alam Impian (pemaju: InP dan NAZA TTDI) dan banyak lagi. Tapi, kami masih tidak dapat memutuskan rumah mana yang paling sesuai untuk dibeli. Kalau anda semua perasan, pada tarikh 15-17 Ogos yang lepas, terlalu banyak pelancaran awal projek dijalankan (I wonder is this a scam, or a coincident). Saya mendapat 5 jemputan pelancaran awal projek dari SD, Naza TTDI, Glomac dan sebagainya. Malangnya, pada tarikh tersebut, saya balik kampung (yes, now I already have a kampung! ;p) jadi saya tidak dapat menghadiri mana-mana pelancaran. Too bad..=(
Tapi, saya baru sahaja menghubungi NAZA TTDI, masih ada Aquina yang belum terjual (intermediate unit, you all!!). Dan, semalam, saya terjumpa dengan seorang Senior Exec InP, mereka akan melancarkan projek mereka yang terbaru di Alam Impian, selepas raya. Seronok kan bercerita tentang rumah? Lagi-lagi harta bertanah (landed property), rasa nak beli semua!
Owh, saya juga ada menerima jemputan daripada Glenmarie untuk satu projek mereka di Shah Alam. Guess what? Mereka menjemput 800 potential buyer yang telah mendaftar utk 180 unit rumah. Apa yang mereka buat, mereka jalankan cabutan undi untuk menentukan mereka yang `layak' memilih unit dan seterusnya membuat pembayaran deposit sekiranya berminat (WHAT!?). Banyak betul duit rakyat Malaysia sampaikan untuk beli rumah perlu dijalankan undi.Ok, saya tidak hadir juga kerana saya bekerja pada hari Sabtu yang tersebut.
Apa lagi ya? Owh, saya juga telah mendaftar untuk menghadiri pelancaran awal untuk projek InP di Alam Impian, projek PKNS di sebelah LRT Jelatek dan projek SD di Taman Melati. So, sila teruskan proses penyimpanan duit untuk membolehkan pembelian `property' yang pertama!

4) Emas

Satu lagi cerita yang menarik untuk dikongsi. Saya dan suami, kebelakangan ini amat gemar membeli emas; bukan emas perhiasan tetapi gold bar. Harga emas melambung sangat tinggi ketika ekonomi dunia menjadi meruncing (dengan hutang US yang mencecah US trillion, ketidakstabilan keadaan di UK). Kami membeli gold bar kami yang pertama pada bulan Jun (10g=RM 1700). Sekarang, nilai tersebut telah meningkat kepada (RM 2200)!Haaa! Menarik bukan? Mungkin anda semua pun blh buat perkara yang sama. Beli emas 999 dalam bentuk gold bar, untuk simpanan dan pelaburan jangka masa pjg. Selamat berjaya!

Saya rasa cukupla setakat ini, saya hanya sekadar ingin menghabiskan masa rehat 1-2 ptg saya. Nanti, kalau ada cerita yang menarik, akan saya rajinkan jari saya menekan papan kekunci komputer ini.

Selamat Hari Raya semua! Selamat bercuti! =)

Hanie

p/s- Is there anyone who would be very kind to give me RM 1 mill, I wanna buy one Mapple Terrace in Denai Alam..plz... ;p